Seperti yang kita tahu, menjaga makan semasa berpantang adalah sangat dititikberatkan terutama sekali ketika dalam tempoh 44 hari. Petang ni saya nak kongsikan makanan yang perlu dielak semasa berpantang, hasil pembacaan saya sendiri di dalam sebuah majalah.
Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncis, kacang panjang, timun, petai, brokoli, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis. Sayuran dan tumbuhan ini boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
Buah-buahan seperti nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisangembun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Alamak, bayangkan bau darah nifas memang kurang menyenangkan, bagaimana agaknya kalau bau bertambah busuk?
Ikan berbisa seperti ikan bawal hitam, terubuk, pari, sembilang dan parang. Ia dikhuatiri akan menyebabkan bisa pada pintu rahim.
Ikan tamban, tongkol, kembung cencaru dan makanan laut yang dipercayai boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan alahan serta menyebabkan luka pembedahan bernanah.
Air ais, air sejuk, air berkarbonat, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta air jus buah-buahan tidak boleh di ambil sama sekali kerana dipercayai ianya tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan.
Apa jua jenis makanan berlemak, berminyak dan bergoreng serta berkolesterol tinggi.
Semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk memastikan apakah makanan yang perlu dielak semasa berpantang. Orang tua kata kalau berani langgar pantang, terima sendiri akibatnya. Kalau ikutkan hati memang 44 hari berpantang tu terasa agak lama tetapi jika dipikirkan akibatnya jika melanggar pantang, kemungkinan buruk padahnya akan berpanjangan seumur hidup.
Sekian, perkongsian saya hari ini, moga memberi manfaat kepada anda yang bakal atau tengah berpantang.
Mama Putri
Shaklee Independent Distributor
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405
No comments:
Post a Comment