Pretty Moms Diary

Sunday 30 November 2014

Shaklee Master Coordinator Celebration : Master Usharani A/P Arunasalam



Alhamdulillah, semalam saya berpeluang lagi menghadiri majlis Master Coordinator Celebration untuk kali kedua. Bagi anda yang tidak tahu apakah agenda di sebalik majlis yang diadakan, majlis Master Coordinator Celebration adalah sebuah majlis untuk meraikan kejayaan seorang SID yang berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee iaitu pangkat Master Coordinator

Majlis diadakan di Hotel Pan Pacific Sutera Harbour pada jam 2.00 tadi petang, 30 November 2014 dan master yang diraikan adalah Master Usharani A/P Arunasalam. kami dihidangi dengan persembahan tarian kebudayaan kaum India dan juga tarian warga Papar, Sabah selain mendengar perkongsian dari seorang Master terdahulu iaitu Master Gopal merangkap upline kepada Master Usharani.

Sungguh menarik mendengar perkongsian dari Master Gopal di mana beliau langsung tidak mengenali Master Usharani pada awalnya tetapi beliau bertindak untuk datang dan berjumpa dengan Master Usharani walau tanpa diundang. Mengapa beliau bersungguh untuk berjumpa Master Usharani? Bukan untuk membawanya berbisnes malah jauh sekali menceritakan mengenai bisnes Shaklee.

Anak Master Ushrani tengah sakit kronik broncolitis pada ketika itu dan hampir kehilangan anak tersayang. Pada hari itu beliau bertindak untuk membantunya dengan mencadangkan memberi vitamin-vitamin shaklee ke atas anaknya yang sakit. 

Memang sesuatu yang kurang menyenangkan pada mulanya buat Master Ushrani. Bayangkan datang ke rumah orang tanpa diundang dan mencadangkan tuan rumah untuk memberikan vitamin shaklee. Apa agaknya perasaan anda bila mengalami situasi demikian? Hehe..sedikit janggal rasanya bukan.

Tetapi, disebabkan oleh tindakan Master Gopal itulah yang menjadi punca pencetusnya permulaan kejayaan Master Usharani untuk menjadi seorang Master pada hari ini seperti mana yang dinyatakan dalam perkongsiannya semalam. Selepas kejadian itulah Master Usharani mencuba juga memberikan vitamin-vitamin shaklee yang dicadangkan oleh Master Gopal tersebut dan wow! 

Menurut Master Usharani, perubahan ketara berlaku ke atas anak kecilnya itu dan hari demi hari, anak tersayang semakin nampak pulih dan semakin sihat malah semakin gembira dan cergas bermain-main bersama dengan abang-abangnya. Sedangkan sebelum itu hanya terkulai layu dan lemah. 

Itulah titik permulaannya mengenali vitamin shaklee yang membuatkannya jatuh cinta dan mula berkongsi kebaikan dan efeknya kepada orang disekelilingnya dan itulah di antara rahsia kejayaannya hari ini. Ya....beliau hanya dengan mengamalkan sendiri vitamin shaklee, lalu menyebarkan dan berkongsi kesan dan efeknya kepada orang lain lebih-lebih lagi kepada mereka yang sangat-sangat memerlukannya untuk memperbaiki tahap kesihatan sedia ada.

Inilah di antara sebab mengapa saya suka untuk menghadiri majlis Master Celebration Cordinator yang dianjurkan oleh shaklee. Saya akan membawa downline-downline saya untuk mendengar rahsia-rahsia dan cerita-cerita di sebalik kejayaan seorang yang bergelar Master Coordinator. Mendengar cabaran-cabaran dan dugaan disebalik perjalanan mereka menuju ke Master. Sememngnya bukan mudah yang diharungi, tetapi sangat teruja didengari.

Apa lagi yang seronoknya kalau hadir majlis sebegini? Saya berpeluang untuk berkumpul dengan upline dan downline-downline saya serta dapat berjumpa dengan SID lain seluruh Sabah yang asalnya dari merata-rata tempat dan terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, berpeluang mengenali Master-master yang hadir dan beramah mesra dengan kakitangan shaklee. Semuanya memberikan saya ruang untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menambah kenalan baru.

Ingin mengenali saya dengan lebih dekat dan mesra, saya Pengedar Shaklee Sabah khasnya Kota Kinabalu:

Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Gambar-gambar yang sempat di snap sekitar majlis Master Coordinator Celebration semalam:

Ucapan Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim

Master Usharani bersama Master-master yang hadir

Perkongsian dari Master jemputan, Master Gopal 

Saya bersama Mentor @ Master Aya Chalo serta downline-downline saya

Bersama downline saya yang sporting habis

Persembahan tarian India dari pelajar UMS

Master yang diraikan, Master Usharani

Persembahan nyanyian dari salah seorang leaders Master Usharani
Sekian, perkongsian saya hari ini. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...