Pretty Moms Diary

Saturday 8 November 2014

MEROKOK MEMBAHAYAKAN ANAK TERSAYANG



Selamat petang semua,

Saya baru sahaja selesai membaca sebuah majalah Pengasuhan Positif terbitan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang telah saya baca kerana ia sangat menakutkan dan ianya melibatkan nyawa anak-anak kesayangan kita. IA BUKAN SAHAJA MENJEJASKAN KESIHATAN PEROKOK TETAPI ASAP PEROKOK SEKUNDER AKAN MENJEJASKAN KESIHATAN ORANG DISEKELILINGNYA. Jom teruskan membaca perkongsian saya. 


RAMAI YANG SUDAH TAHU BAHAYA ASAP ROKOK 

Tembakau bearasal daripada sejenis nikotin (Nicotina) yang berasal dari Amerika Selatan dan Utara. Nikotin ini akan MENINGKATKAN KADAR DEGUPAN JANTUNG DAN TEKANAN DARAH, dan ini berlaku dalam masa satu minit selepas asap dihisap.

TAHUKAH ANDA? ASAP TEMBAKAU MENGANDUNGI CAMPURAN LEBIH DARIPADA 4000 BAHAN KIMIA; kira-kira 70 daripada bahan kimia tersebut telah dikenalpasti sebagai karsinogen iaitu agen penyebab kanser. Tidak kira apa jua jenis asap, sama ada datangnya daripada rokok, Shisha, Snif, Paip, Bidis, Kretek atau cerut, semuanya adalah berbahaya. 

Pendedahan kepada bahan-bahan kimia ini dalam jangka masa yang lama, boleh menyebabkan PENYAKIT JANTUNG DAN STROK. Merokok juga penyebab pelbagai KANSER (paru-paru, perut, leukimia, pundi kencing, buah pinggang dll), PENYAKIT PARU-PARU, masalah reproduktif (kurang berat lahir, komplikasi kehamilan, kurang kesuburan, mati pucuk, kulit menjadi kendur, kepadatan tulang rendah dan KATARAK.

KESAN ASAP ROKOK ADALAH KEKAL LAMA


Kajian telah dibuat ke atas debu asap rokok dan kajian tersebut telah menunjukkan bahawa satu batang rokok sahaj yang dihisap dalam bilik tertutup memerlukan selama 2 jam bagi tahap partikel di dalam udara berada di bawah ambang berbahaya. Merokok berulang-ulang di dalam persekitaran ini bermakna toksin-toksin yang berbahaya akan terus terkumpul. Jadi, sesiapa sahaja yang berada di sekeliling di dalam ruang tersebut juga terdedah dengan bahaya. 

Tetapi sekarang, ramai yang merokok di luar rumah kan. Agak-agak, boleh selamat. Tetapi anda silap, walaupun jika seorang perokok menghisap di bilik lain, diri mereka sendiri telah tercemar dengan asap rokok. Tubuh dan pakaian mereka akan mengeluarkan toksin-toksin. Mesti ramai yang tidak menyedari akan perkara ni, termasuk saya sendiri. Bayangkan, walaupun anda merokok di luar rumah, bukan bermakna anda tidak membahayakan anak anda. 

JIKA ANDA MEROKOK, ANAK ANDA JUGA TERDEDAH!


  • Selepas anda merokok, anda dan tempat anda merokok akan dipenuhi dengan debu asap rokok.
  • Jika anda merokok di dalam kereta, berapa banyak penyahabuk pun tidak boleh menghilangkan debu asap rokok. Meletak anak anda di dalam kereta tersebut bermakna anda mendedahkan anak anda kepada sisa asap rokok yang merbahaya.
  • Merokok di luar boleh menghilangkan asap rokok, tetapi oleh kerana sisa asap rokok akan melekat pada muka, tangan, rambut dan pakaian anda, anda masih mendedahkan anak yang tersayang kepada debu asap rokok.
  • Bayangkan, nikotin boleh ditelan apabila anak anda menyentuh baki asap rokok tangan ketiga dan kemudian menghisap jarinya, nikotin boleh dihidu ke dalam paru-paru atau ia boleh diserap menerusi kulit anak anda yang sensetif.

MENGAPA ANAK YANG LEBIH BERISIKO TINGGI?


Kerana jisim tubuhnya lebih kecil dan dia bernafas lebih laju, daya tahan atau imunitinya terhadap bahan cemar alam sekitar belum berkembang secukupnya. Kesian dengan anak-anak kita kan.

Sumber: Persatuan Pediatrik Malaysia


Jadi, apakah tindakan anda? Sanggupkah anda mendedahkan anak anda kepada bahaya? Kaedah yang paling berkesan untuk mencegah mereka yang tersayang daripada terdedah kepada asap rokok atau debu asap rokok dengan BERHENTI MEROKOK.

Bukan mudah bukan? Anda mungkin perlu mencuba beberapa kali sebelum anda berjaya. Cara yang paling berkesan melibatkan gabungan ubat-ubatan, kaunseling, terapi dan pengambilan supplemen. 


SEMOGA ANDA BERJAYA BERHENTI MEROKOK. 


TESTIMONI BERHENTI MEROKOK SETELAH MINUM VIVIX SHAKLEE





Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.


Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...