Pretty Moms Diary

Sunday, 23 November 2014

Mandian Herba Semasa Berpantang - Perlu Atau Tidak


Apabila wanita baru sahaja bersalin, bermulalah detik-detik beliau untuk menjalani tempoh berpantang. Beliau perlu menjalani tempoh berpantang selama 44 hari lamanya dan ada juga sesetengahnya yang mengamalkan tempoh berpantang selama 90 hari. 

Sepanjang tempoh berpantang ini, beliau bukan sahaja perlu menjaga pemakanan malah ada amalan-amalan yang perlu dilakukan dan salah satunya adalah mandian herba semasa berpantang.

Persoalannya pada zaman sekarang yang serba moden ini, timbul pertanyaan sesetengah wanita yang baru bersalin sama ada perlu atau tidak untuk mengamalkan mandian herba semasa berpantang? Mungkin ada sesetengah yang menganggap ianya hanya amalan nenek moyang zaman dahulu kala yang tidak sesuai untuk dipraktikkan pada zaman sekarang.

Apakah itu mandian herba semasa berpantang?

Mandian herba semasa berpantang adalah mandian air rebusan herba-herba terpilih termasuklah akar-akar kayu dan rempah ratus yang dibuat khas untuk wanita yang baru lepas bersalin dengan tujuan untuk membantu memulihkan badan dan emosi selepas proses kehamilan dan kelahiran yang menjerihkan.

Perlu atau tidak mandian herba semasa berpantang?

Secara tradisinya, mandian herba semasa berpantang yang dibuat adalah bertujuan untuk:

  • Mengembalikan dan membaikpulih tenaga yang kebanyakannya hilang semasa kehamilan dan semasa proses kelahiran bayi.
  • Membantu mengeluarkan angin dari badan kerana badan wanita selepas bersalin dipercayai mudah dimasuki angin dan jika angin banyak di dalam badan akan memudaratkan kesihatan beliau.
  • Mengurangkan bau atau menghilangkan bau hanyir atau bau yang kurang menyenangkan pada darah nifas dan air rembesan-rembesan selepas bersalin.
  • Membantu merawat urat-urat yang sengal dan tegang.
  • Membantu memberikan rasa ketenangan pada beliau dan ini boleh mengelak daripada merasa tekanan yang boleh menjurus kepada timbulnya meroyan.


Jadi, rasa-rasanya perlu atau sangat perlu untuk mengamalkan mandian herba semasa berpantang? Seeloknya, sangatlah perlu dan penting untuk diamalkan sepanjang tempoh berpantang agar tubuh badan cepat pulih dan kembali sihat.

Lecehnya untuk menyediakan mandian herba semasa berpantang?

Sebenarnya sangat mudah untuk disediakan sebab pada zaman sekarang ni telah banyak produk-produk yang menyediakan set mandian herba semasa berpantang dalam bentuk uncang, hanya tinggal untuk direbus sendiri di rumah. 

Pengalaman saya sendiri melahirkan 3 orang perawan-perawan kecil, saya menggunakan produk mandian herba yang berlainan. Salah satu yang saya gunakan dan sangat berkesan untuk tubuh saya adalah mandian herba semasa berpantang yang disediakan oleh produk Tanahmera. Mandian tersebut membuatkan badan terasa hangat, terasa segar dan kulit tidak kelihatan pucat malah nampak kemerah-merahan.

Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana yang baru sahaja bersalin atau pun akan bersalin tidak lama lagi, sediakanlah mandian herba semasa berpantang sebelum dekat tarikh anda melahirkan bayi. Persediaan awal itu penting sebab kita tidak tahu bila sebenarnya tarikh untuk bersalin, ada kalanya terawal dari tarikh yang sepatutnya dan ada kalanya yang terlambat.



Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.


Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...