Pretty Moms Diary

Tuesday, 18 November 2014

Tips Percutian - Elak Si Kecil Menangis Semasa Penerbangan

Pastinya ada di kalangan ibu-ibu yang mempunyai pengalaman membawa anak kecil dalam kapal terbang. Jika penerbangan yang mengambil masa yang singkat seperti sejam atau kurang, mungkin impaknya tidak terlalu terasa. 

Namun bagi penerbangan yang mengambil masa yang lama, pasti si kecil anda akan mengalami insiden seperti bosan, telinga berdengung sehingga si kecil menangis semasa penerbangan. 

Sakit telinga yang di alami si kecil ketika naik dan mendarat adalah sesuatu yang normal seperti mana ia berlaku pada orang dewasa. Ini kerana terjadinya perubahan tekanan udara dalam kabin kapal terbang.

Secara automatik telinga bagaimana pun,  kita akan mengubah tekanan udara di dalam ruang telinga melalui salur Eustachian yang bersambung terus ke belakang hidung dan tekak. Jadi, semasa kapal terbang naik atau mendarat, kita akan merasa tekanan pada telinga atau sering kita sebut sebagai telinga berdengung.

Jika kita sebagai orang dewasa, mudah untuk kita mengatasinya hanya dengan menelan air lur, mengunyah gula-gula getah atau menguap. Secara tidak langsung ia membantu tiub eustachian terbuka lalu menjadikan tekanan di luar dan dalam telinga adalah sama.

Walau bagaimana pun, tiub eustachian yang sempit pada bayi membuatkan mereka sukar mengimbangkan tekanan udara sehingga menyebabkan kesakitan dan seterusnya si kecil menangis semasa penerbangan. 

Bagaimana untuk mengelak si kecil menangis semasa penerbangan? Saya kongsikan tips mengurangkan kesakitan telinga si kecil semasa dalam penerbangan:
  • Berikan susu badan adalah cara yang terbaik bagi memberikan bayi merasa lebih tenang tatkala bersama si ibu.
  • Berikan minuman atau susu melalui botol untuk si kecil yang berumur setahun ke bawah.
  • Hisap puting.
  • Manakala anak yang berumur dua tahun ke atas pula boleh berikan minum air kotak 


Kesemua keadaan ini akan merangsang tiub eustachian terbuka dan menyamakan tekanan udara. 

Sekian, perkongsian saya. semoga memberikan manfaat kepada ibu-ibu yang ingin membawa si kecil untuk pergi bercuti. Musim cuti-cuti kini hampir tiba. Nikmati percutian anda bersama orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...