Pada November 2013 adalah kali pertama saya menghadiri program Motivation Rally Shaklee yang diadakan di Palace Hotel Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya saya tidak tahu pun bagaimanakah sebenarnya gambaran perjalanan majlis tersebut, saya hanya dimaklumkan kemungkinan akan menerima sijil.
Bila dah datang, baru saya tahu tujuan sebenar program itu diadakan. Program ini sebenarnya merupakan majlis yang diadakan khas buat SID (Shaklee Independent Distributor) yang telah berjaya naik pangkat ke Supervisor sehinggalah pangkat yang ke seterusnya bagi meraikan dan menghargai kejayaan mereka.
Walaupun hanya diberikan sebuah sijil, tetapi impaknya sangat luar biasa. Bayangkan apa yang diusahakan selama ini diberi pengikhtirafan dan penghargaan oleh pihak shaklee sendiri. Di sinilah bermulanya suntikan semangat yang luar biasa kepada saya.
Pada waktu tersebut, saya menerima penghargaan kerana berjaya naik pangkat dari Supervisor ke Senior Supervisor. Apabila saya mendengar perkongsian dari dua orang Master terhebat iaitu Master Rohaya Chalo selaku mentor saya sendiri dan juga Master Norhalimatul yang berasal dari Semenanjung Malaysia, membuatkan saya teruja dan terasa sangat membara semangat yang disuntik oleh kedua-dua mereka.
Masih jelas perkongsian yang disampaikan oleh Master Rohaya di mana beliau mengatakan bahawa jika ingin berjaya, berhentilah memberi alasan dan memberilah tanpa batasan. Saya tersentak. Iya, memang benarlah apa yang dikatakan oleh beliau, kerana dengan beralasan tidak akan merugikan sesiapa tetapi akan merugikan diri sendiri.
Kata-kata suntikan dari Master Norhalimatul juga masih terngiang-ngiang sehingga saat ini. Diperkongsian beliau, beliau berkata "Jika saya mahu, saya mesti dapatkan. Jika saya mahu, saya mesti berusaha untuk mendapatkannya"
Kata-kata suntikan mereka inilah yang membakar semangat saya sehingga saya naik pangkat ke Coordinator di bulan November itu juga. Terima kasih yang teramat dengan perkongsian mereka pada hari tersebut. Memang membuat saya sangat-sangat teruja.
Apa yang paling penting adalah, saya hadir ke program tersebut tanpa dirancang. Oleh kerana saya hadir ke program tersebutlah saya naik pangkat lagi. Kesimpulannya, tidak rugi untuk hadir majlis seperti ini dan sangat beruntung sebab diberi ruang oleh shaklee untuk diraikan dan diberi pengikhtirafan.
Saya akan kongsikan lagi akan datang Mativation Rally kedua yang saya hadir pada tahun ini, kerana setiapnya ada kisah disebaliknya. Inilah gambar-gambar yang dapat di snap sekitar program Motivation Rally 2013 yang diadakan.
Bersama anak shaklee saya merangkap supervisor saya |
Bersama mentor hebat saya Master Rohaya Chalo |
Excited 1st time jumpa Mr. Victor Hehe |
Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.
Mama Putri
Shaklee Independent Distributor
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405
Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.
No comments:
Post a Comment