Pretty Moms Diary

Monday, 3 November 2014

PENTINGNYA VITAMIN TAMBAHAN KEPADA IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Hari ini, terdetik dihati untuk berkongsi di antara vitamin-vitamin yang wajib saya makan semasa mengandung tempoh hari. Yang baik adalah tanggungjawab saya untuk dikongsikan.

Mengapa ibu mengandung digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan? 


  • Dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan masalah kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat, bertenaga dan memberi kekuatan ekstra kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan yang memenatkan
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tiada selera makan di awal kehamilan.
  • Membantu menguatkan sistem imun badan agar tidak mudah diserang penyakit, sengsaranya jika mengalami batuk selesma dan demam semasa hamil kan.
Bagaimanapun, adalah wajib saya tekankan disini bahawa pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat itu adalah perkara utama. Sebab, makan vitamin tambahan bukan untuk menggantikan makanan seharian yang sepatutnya perlu diambil.


Antara vitamin tambahan penting bagi ibu mengandung :

  1. Iro- Penting untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. *Makanan seperti ikan, daging merah dan hati dapat mengurangkan penyerapan iron ke dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Pastikan ambil vitamin iron sejam sebelum atau 2 jam selepasnya, jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid - Penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium - Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

  1. Vitalea - Merupakan multivitamin yang lengkap dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex - Shaklee menyediakan vitamin B yang lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - Shaklee menggabungkan tablet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron agar kalsium dapat diserap dengan lebih mudah dan lebih berkesan. Kalsium yang lengkap dengan pakej tersebut dapat mengelakkan endapan sesetengah mineral. Kandungan magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi dapat mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard - Shaklee menyediakan sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen dan diproses dengan kaedah yang selamat dan kualitinya terpelihara. Makan omega Guard pada kehamilan selepas 3 bulan.
  5. Sustained Relese Vita C Plus - Vitamin C shaklee memastikan vitamin c dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh badan. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan.
  6. ESP Soy Protein - ESP Menyediakan asid amino yang lengkap yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan. Soya yang digunakan oleh Shaklee adalah soya Non-GMO (Non-Genetic Modified) di mana ia diproses dengan kaedah yang selamat tanpa mengganggu nutrien yang terdapat padanya.

Bagaimanapun, pengambilan vitamin bukanlah satu jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Tetapi tidak salah untuk kita berusaha menghindar dan memilih yang terbaik untuk kehidupan kita. Selebihnya, kita berserah pada Nya yang Maha Esa. Semoga perkongsian ini bermanfaat.


HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PESANAN SEGERA!

Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.


Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...