Pretty Moms Diary

Sunday, 16 November 2014

Perubahan Kulit Yang Menjengkelkan Semasa Hamil



Tempoh hamil 9 bulan adalah tempoh yang panjang yang perlu dilalui oleh si ibu. Sepanjang tempoh hamil ni lah ibu-ibu akan mengalami pelbagai ragam dan perubahan termasuklah perubahan pada kulit. Tetapi tidak semua yang mengalaminya. 

Sangat bertuah jika ibu yang tengah hamil tiada mengalami apa-apa sebarang perubahan pada kulit. Kepada yang mengalaminya, sudah pasti rasa sedikit terganggu, malah ada yang sangat terganggu dan merasa ianya sangat menjengkelkan. 

Apakah di antara perubahan kulit yang sering dialami oleh ibu yang tengah hamil? 


1. Chloasma (perubahan pigmentasi pada muka dan leher) 


Chloasma juga dikenali sebagai "topeng kehamilan". Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. 

Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet. Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15 atau lebih. Pakailah topi apabila anda keluar rumah. Jika anda rasa tompokan tersebut kelihatan hodoh, anda boleh cuba selaraskan tona kulit menggunakan bedak asas yang agak gelap. 

2. Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil


Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk. 

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.


3. Tanda regangan 


Tanda regangan (stretch marks) ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha. Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil. Ia disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan anda semakin bertambah sewaktu hamil.

Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi lebih nipis berbanding biasa. Selepas bersalin, pigmentasi berwarna kemerahan atau kecoklatan pada tanda regangan ini akan beransur pudar dan garis-garis tersebut akan kelihatan lebih cerah daripada kulit di sekelilingnya.


Anda boleh cuba mengurangkan tanda regangan dengan mengelak daripada menambah berat badan terlalu cepat, menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal, mengamalkan pemakanan sihat yang kaya dengan vitamin E dan C, serta zink dan silika untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit.

4. Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut anda)


Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.

Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang dan mengambil masa untuk hilang.

Sumber: babycenter.com


Semua di atas adalah diantara perubahan kulit yang mungkin di alami semasa hamil. Sebenarnya, lebih banyak lagi perubahan kulit yang mungkin di alami. Walau apa jua perubahan kulit yang dialami, inilah yang biasanya yang terpaksa dilalui oleh ibu-ibu di saat hamil. 

Semasa saya hamil anak pertama dan kedua, saya mengalami perubahan kulit seperti di atas. Bagaimanapun, saya kurang mengalaminya pada kehamilan anak ketiga. Saya rajin mengamalkan pengambilan vitamin tambahan sepanjang tempoh hamil. Di antaranya ialah B-Complex Shaklee, Sustained Release Vita-C Plus dan ESP Soy Protein Isolated Powder.

Peranan B-Complex untuk kesihatan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Peranan Sustained Release Vita-C Plus untuk kesihatan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Peranan ESP untuk kesihatan kulit:
  • Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lembut. Hasilnya juga dapat mengurangkan kesan regangan.

Vitamin-vitamin ini membuatkan kulit saya tambah sihat dan berseri. Kulit lebih cerah, halus, lembut, tidak kering, tidak kusam malah regangan di perut dan paha memang sangat sedikit. Ingin tahu lebih lagi kesannya kena Cuba lah sendiri, sendiri cuba baru tahu rasanya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.


Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...