Pagi-pagi saya akan bancuh Collagen Powder terlebih dahulu sebelum isi perut sebab ia paling sesuai diminum ketika perut masih kosong, agar penyerapannya lebih efektif. Oleh itu, saya akan pastikan saya ambil Collagen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum makan pagi. Kalau saya minum waktu malam, saya akan minum sebelum tidur. Jadi, apakah resepi paling sedap bancuh Collagen Powder?
Sebenarnya ia terpulang kepada setiap individu, bergantung kepada citarasa seseorang tu. sesetengah orang hanya minum begitu saja. Memandangkan saya terasa sedikit pelik dengan rasanya, maka saya bancuh ikut kesukaan saya. Tak pernah rasa Collagen Powder? Tak tahu macamana rasanya?
Saya beri gambaran sedikit ya. Jika di minum begitu sahaja, rasanya seperti air ikan/makanan laut. Ya...bagi mereka yang sudah biasa dengan bau-bauan ikan/makanan laut, jadi tiada masalah untuk minum. Mengapakah rasanya seperti itu?
Memang rasanya akan seperti ikan/makanan laut sebab di antara kandungan utamanya adalah kolagen dari sisik ikan merah dan ekstrak kekerang. Apa? Ikan Merah? Ya, memang ikan merah tapi bukan ikan merah yang di pasaraya ya. Sisik ikan merah dari laut dalam yang kurangnya pencemaran dan kadar penyerapannya adalah lebih tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
Mengapa saya memilih Collagen Powder Shaklee? Sudah tentu disebabkan oleh kualitinya. Anda mungkin tidak tahu bahawa Collagen Powder shaklee adalah rumusan kolagen yang paling unggul. Mengapa? Kerana Collagen Powder shaklee adalah sangat ringan di mana berat molekularnya adalah sangat rendah iaitu sekitar 1,000 dalton. Mengapa kita perlukan yang sangat ringan?
Kita perlukan kolagen yang sangat ringan agar ianya sangat mudah untuk diserap oleh tubuh dan dapat membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis pada kulit dengan lebih berkesan. Terdapat 5 lagi ramuan Collagen Powder. Saya akan ceritakan di perkongsian akan datang. jom kita berbalik kepada resepi paling sedap bancuh Collagen Powder.
Ini bancuhan cara saya untuk hilangkan terus rasa ikan/makanan laut tu dan terus bertukar menjadi minuman yang paling sedap.
Anda hanya perlukan:
- Jus Oren Marigold 100% Jus
- Air Sejuk/ Suam
- 1 Sachet Collagen Powder
Caranya sangat mudah:
- Bancuh 1 sachet Collagen Powder shaklee ke dalam air sejuk/suam dalam setengah gelas.
- Kacau hingga sebati (Eh, macam memasak pula ya hehe)
- Kemudian, baru campurkan jus oren Marigold 100% jus ke dalam bancuhan Collagen Powder tadi.
- Kacau dan kacau. Siap untuk diminum.
Berhati-hati memilih jus minuman atau jus buah. Pilihlah jus yang 100% jus sebab jika jus yang bukan 100% jus, kebanyakannya kandungan gulanya adalah lebih banyak berbanding jumlah jusnya. Anda boleh rujuk di bahagian label minuman tersebut iaitu pada ramuannya. Jadi, sebaiknya pilihlah yang 100% jus ya. Kalau setiap hari minum jus yang banyak gula nanti terlebih pula kandungan gula dalam darah, lain pula jadinya kan.
Itulah perkongsian saya minum kolagen hari ini. Resepi yang paling sedap bancuh Collagen Powder cara saya. Tapi apa yang penting adalah keberkesanannya. Nak tahu kesannya pada saya sehingga saya tak boleh tak simpan stok Collagen Powder di rumah? KLIK DI SINI
Jadi,bagaimana dengan kolagen yang anda minum sekarang? Anda tahu rahsia kandungannya atau tak pernah ambil tahu yang penting anda minum kolagen?
JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK UNTUK MEMILIH YANG TERBAIK DAN BERMUTU TINGGI BUKANNYA YANG ETRMURAH DI PASARAN.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.
Mama Putri
Shaklee Independent Distributor
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405
Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.
No comments:
Post a Comment