Pretty Moms Diary

Wednesday, 12 November 2014

Petua Cerahkan Kulit

Semakin hari ramai yang menegur kulit saya semakin cerah. Sebelum ni, tidak lah gelap, tapi kulit saya tu semakin cerah daripada biasa. Saya ada terbaca petua-petua cerahkan kulit, jom saya kongsikan apa yang saya baca.


Petua Mencerahkan Kulit 1

Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campur dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kemudian, biarkan ia kering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air.

Petua Cerahkan Wajah 2

Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya dalam bekas air panas dan biarkan semalaman. Esoknya, kisarkan semua bahan-bahan tersebut dengan blender atau ditumbuk dengan menggunakan lesung batu sehingga halus. Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air.

Petua Cerahkan Kulit Pada Wajah 3

Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa berserta satu sudu madu lebah. Kacau sehingga rata dan pekat. Selepas itu simpan dalam peti sejuk selama sejam sebelum sapu pada wajah.Biarkan selama setengah jam kemudian dibilas dengan air.

Sumber: petuatradisional.com


Haaa...itulah di antara petua-petua untuk cerahkan kulit. Kena rajin bermasker lah jawabnya. kalau dulu-dulu masih belajar, saya rajin juga bermasker. 

Tetapi sekarang, oleh sebab tugas harian yang perlu di buat dalam seharian semakin bertambah, mana waktu siang di awal pagi sudah sibuk dengan berkerja, pulang kerja sibuk pula dengan menyediakan makanan dan membuat urusan rumah dan anak-anak, tidaklah saya ada masa lagi menyediakan bahan-bahan untuk bermasker tersebut.

Saya ambil langkah yang lebih pantas, nak jimat masa iaitu makan vitamin. Tak perlu rendam-rendam, tak perlu tumbuk-tumbuk, telan terus sahaja. 

Haaa...saya makan vitamin Shaklee lah kulit saya semakin cerah. Collagen Powder, Sustained Release Vita-C Plus dan juga ESP Soy Protein Isolate Powder. Ketiga-tiganya mampu mencerahkan kulit. 


Sebenarnya saya ambil ketiga-tiga tersebut bukan bertujuan untuk cerahkan kulit saya, tetapi untuk tujuan lain. 

Perkongsian akan datang akan saya beritahu kenapa saya makan ketiga-tiga tu serta khasiatnya, tetapi kesannya kulit saya pula menjadi semakin cerah, halus, licin dan sangat lembut. Tak perlu bedak tebal-tebal. Hehe...

Yang lagi best, boleh muat masker segera. Mudah dan cepat disediakan. Nantikan perkongsian saya akan datang, macamana nak bermasker dengan ketiga-tiga vitamin cinta hati saya tu. 


Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.


Mama Putri
Shaklee Independent Distributor 
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405


Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...