My Baby Shaklee - Dayangku Putri Danisha.
Lahirnya cantik pada tarikh 7.7.2014 dengan berat 2.92kg. Rambutnya lebat sekali sejak lahir lagi sehingga semua yang melihatnya pasti akan menegurnya dan rambutnya pacak berdiri hehe.
Ini adalah baby shaklee pertama saya sebab bermulanya Danisha dari dalam kandungan lagi, saya sudah mengamalkan vitamin-vitamin shaklee dan sepanjang saya hamil juga saya tetap makan vitamin-vitamin shaklee yang khas untuk ibu hamil.
Saya sangat-sangat yakin dengan keberkesanan vitamin shaklee. Bayangkan kawan saya ni, setiap kali mengandung akan mengalami anemia. Tetapi kali ni, beliau bebas anemia. Mari tengok video perkongsian beliau bagaimana beliau maintain bebas anemia mengandung kali ni.
Di awal kandungan semestinya saya mengalami alahan (morning sickness) tetapi saya dapat rasakan sedikit perbezaan dari kehamilan sebelum-sebelum ni. Semasa hamil baby Danisha, saya boleh mengawal sedikit morning sickness saya.
Sebelum tidur saya amalkan Ostematrix sebab ia bagus untuk mengurangkan keasidan perut, ia akan membantu menstabilkan keasidan dan kealkalian tubuh badan. Salah satu yang boleh menjadi punca kita muntah-muntah semasa hamil adalah disebabkan perut yang kosong dan menjadi terlalu berasid. Saya dah buat ujikaji sendiri perbezaan antara kalau saya makan ostematrix dengan tidak makan ostematrix. Haahhaa...mesti sendiri rasa.
Apa lagi yang saya suka dengan ostematrix ni, oleh sebab saya rajin memakannya setiap hari, saya sudah bebas dari mengalami sembelit. Memang tiada sembelit, setiap hari lancar membuang. Dua kali kehamilan saya sebelum ni saya mengalami sembelit dan pernah mengalami sembelit teruk sehinggakan najis berdarah setiap kali membuang. Memang pengalaman yang menyiksakan saya. Walaupun puas saya makan buah dan minum banyak air tetapi sembelit tetap terjadi.
Masuk bulan ke-4 kandungan barulah saya mula makan 'full' set kehamilan shaklee. awal pagi sebelum pergi kerja saya bancuh ESP dahulu. Inilah minuman yang memberikan saya tenaga dan kecergasan sepanjang hari.
Saya perlu kekal cergas tau sebabnya kerja saya bukannya duduk diam di ofis, kerja saya di luar memantau premis. Bayangkan saya kena berjalan kaki masuk ke premis-premis dengan mengharungi cuaca seharian.
Saya perlu kekal cergas tau sebabnya kerja saya bukannya duduk diam di ofis, kerja saya di luar memantau premis. Bayangkan saya kena berjalan kaki masuk ke premis-premis dengan mengharungi cuaca seharian.
Selepas makan pagi saya akan telan 1 biji multivitamin shaklee iaitu Vita-Lea. Saya tak makan Obimin sebab kandungan vitamin yang ada pada Vita-Lea sangat lengkap. Apa yang penting lagi, Vita-Lea dicipta dengan kelebihan multivitamin yang paling mudah diserap oleh tubuh badan dan ia juga lengkap dengan formula iron. Lepas makan malam saya akan telan lagi 1 biji.
Penting untuk saya makan Vita-Lea ni untuk melengkapkan bekalan vitamin dan mineral untuk saya dan juga untuk si baby dalam kandungan. Satu lagi yang pastinya ianya memberikan saya ekstra tenaga seperti ESP. Kedua-duanya adalah 'energy booster' saya semasa hamil, kalau tak makan memang akan terasa cepat letih dan lesu.
Bayangkan akak ni boleh puasa semasa hamil anak ke-4 umur dah 34 tahun dan masih cergas dan bertenaga. Beliau pada mulanya hanya.....(Jom kita tonton video pengalaman akak ni berpuasa semasa hamil)
Bayangkan akak ni boleh puasa semasa hamil anak ke-4 umur dah 34 tahun dan masih cergas dan bertenaga. Beliau pada mulanya hanya.....(Jom kita tonton video pengalaman akak ni berpuasa semasa hamil)
Selepas makan tengahari saya akan makan B Complex dan juga Sustained Release Vita C Plus. B Complex untuk kurangkan saya merasa tekanan. Tertekan juga kan, di mana saya perlu bekerja, perlu uruskan anak-anak yang masih kecil lagi. Anak yang sulong baru 3 tahun lebih dan anak yang kedua baru 1 tahun lebih. Memang memenatkan. Istimewanya B Complex shaklee lengkap dengan semua kandungan vitamin B termasuk asid folik.
Rasanya semua orang pun tahu apa peranan asid folik yang perlu kita ambil semasa hamil kan. Kepada yang tidak tahu, asid folik boleh mengurangkan risiko berlakunya kecacatan pada bayi di dalam kandungan. InsyaAllah...semuanya kita usahakan, apa-apa pun Tuhan yang maha berkuasa yang menentukan segala kejadian di bumi ini.
Saya amalkan vitamin C shaklee setiap hari membuatkan saya jarang sekali diserang selsema dan juga demam. Walaupun orang yang duduk serumah dengan saya di serang selsema, suami dan anak-anak lah tu huhu...saya tak akan mudah terjangkit wal hal kita sendiri tahu kan ibu mengandung paling mudah dijngkiti. Tapi, syukur Alhamdulillah, kali ni kuat imun badan saya.
Kulit pun bertambah-tambah halus dan cerah. Inilah kulit paling cantik saya semasa hamil hehe.
Kulit pun bertambah-tambah halus dan cerah. Inilah kulit paling cantik saya semasa hamil hehe.
Kini baby Danisha sudah berumur 4 bulan lebih dan berat 6.4kg. Baru-baru ni bawa baby review Dokter untuk berjarum 4 bulan, dan selepas Dokter buat pemeriksaan dia kata
"Bagus perkembangan baby ni. baby umur 4 bulan tapi perkembangannya seperti bayi umur 5 bulan. Dan tulang dia sangat kuat. Baguslah."
Syukur sangat-sangat. semoga baby Danisha akan sentiasa sihat dan bertambah-tambah sihat. Kini baby dah pandai ketawa dan asyik bila di bawa bercerita. Rambut juga tetap pacak tidak mengira waktu. huhu...
Nak sembang-sembang dengan saya kisah-kisah menarik kehamilan anda? Ataupun ingin dapatkan kesan dan perbezaan yang terbaik semasa mengandung anak kali ni?
No comments:
Post a Comment