Loya Dan Muntah Semasa Hamil |
Alahan, loya dan muntah semasa hamil kadang kala menyebabkan anda hilang selera makan. Biarpun begitu, makanan tetap perlu dijamah demi kesihatan si comel di dalam kandungan.
APAKAH PENYEBAB LOYA DAN MUNTAH SEMASA HAMIL?
HORMON PROGESTERON
- Peningkatan hormon progesteron mempengaruhi sistem penghadaman anda.
- Hormon ini menggugat kesemua fungsi metabolisme termasuklah sistem penghadaman.
- Akibatnya proses penghadaman makanan memerlukan tempoh yang lebih lama sehngga mencetus rasa loya dan muntah semasa hamil.
HORMON hCG
- Hormon kehamilan iaitu hCG sering dianggap sebagai salah satu penyebab alahan, loya dan muntah semasa hamil.
- Pelepasan hormon ini ke dalam aliran darah boleh menyebabkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
MAKANAN
- Makanan berminyak dan pedas boleh menyebabkan risiko mengalami loya dan muntah semasa hamil.
- Fungsi sistem penghadaman yang menurun akibat gangguan hormon akan bertambah buruk apabila terlalu banyak mengambil makanan berminyak dan pedas.
PENINGKATAN SENSITIVITI TERHADAP BAU DAN RASA
- Sensitiviti bau dan rasa juga penyumbang kepada loya dan muntah semasa hamil.
- Bau yang dahulunya biasa, boleh mencetuskan rasa mual dan muntah.
ADAKAH IANYA MENJEJASKAN KESIHATAN?
Jika alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan dan bayi dalam kandungan. Namun, jika alahan yang dialami adalah sangat teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan semula, bayi berkemungkinan kurang mendapat zat makanan yang sepatutnya diperlukan untuk perkembangannya.
Selain itu, ia juga akan menjejaskan kesihatan si ibu. Si ibu mungkin akan mengalami dehidrasi yang biasanya menyebabkan pening, dahaga dan membuang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut jika sekiranya ini berlaku.
TIPS YANG PERLU DIAMALKAN UNTUK MENANGANINYA
- Apabila sedar waktu awal pagi, makan biskut tawar (cracker). Ia akan membantu menyerap asid perut dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada menjadi terlalu rendah.
- Ambil makanan tertentu dalam hidangan atau kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong setiap 2 jam atau ketika anda terasa lapar. Ini dapat mengelak perut kosong terisi dengan asid yang boleh mencetus loya dan muntah semasa hamil. Pengambilan ostematrix shaklee dapat menstabilkan keasidan dan kealkalian.
- Kerap mengambil snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, buah-buahan kering, biskut dan lain-lain di antara selang waktu makan utama.
- Makanlah apa sahaja yang anda inginkan asalkan berkhasiat. Namun, elakkan mengambil makanan berminyak, bergoreng dan pedas dalam jumlah keterlaluan.
- Elakkan mengambil minuman yang mengandungi kafein secara berlebihan.
- Minum air suam sekurang-kurangnya dua liter dalam sehari untuk menggantikan bendalir yang hilang.
- Legakan perut dengan mengambil makanan yang mengandungi halia. Pengambilan air halia juga dapat mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil. Shaklee juga menyediakan Peppermint Ginger Plus yang boleh membantu melegakan alahan dan mual.
- Minuman berperisa masam yang mengandungi lemon atau limau boleh diminum jika anda tidak berselera untuk minum air kosong.
- Jangan tidur dalam keadaan lapar. Jika tengah malam anda tiba-tiba terasa lapar, segera mengambil kudapan seperti roti atau biskut.
- Amalkan vitamin pra kehamilan anda selepas makan atau sebelum tidur.
"Semua makanan, termasuk makanan kegemaran membuatkan saya rasa loya dan muntah. Bagaimana saya dapat bekalkan nutrisi optimum yang si manja perlukan, tanpa rasa loya?"
SET VITAMIN IBU MENGANDUNG membantu anda mendapatkan nutrisi lengkap semasa hamil disamping memberi kesegaran dan kecergasan serta mengurangkan alahan, rasa loya dan muntah semasa hamil.
SET VITAMIN IBU MENGANDUNG |
HUBUNGI SAYA UNTUK MEMBUAT PESANAN SEGERA!
Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan produk / pembelian produk / keahlian Shaklee / menjana pendapatan 4-5 angka bersama Shaklee, boleh lah berhubung dengan saya.
Mama Putri
Shaklee Independent Distributor
[ ID 892829 ]
Email: mamaputrivitamin@gmail.com
Fb: Irs Shashamom
Whatsapp / SMS 016-831 5405
Untuk pengetahuan anda, saya menyediakan perkhidmatan penghantaran ke SELURUH MALAYSIA dan BRUNEI DARUSSALAM.
No comments:
Post a Comment